Tetamu di resort perkhemahan Pfronten di Jerman mempunyai pilihan untuk tidur di antara pokok-pokok dalam khemah yang tergantung.
Di waktu siang, para keluarga boleh mengembara melalui halangan-halangan yang menyeronokkan dan mencabar dengan 75 seksyen [termasuk luncur papan atas pokok].
Kalau anda tidak suka memanjat, anda boleh rileks dan melakukan aktiviti memanah. Sangat cool.
May 12
19
2. Alas pinggan susun atur meja makan

4. Alas pinggan permainan video (untuk nerds)

6. Alas pinggan fiber-optik (sedikit bercahaya)

7. Alas pinggan telur mata kerbau

10. Alas pinggan anatomi manusia

Ia ialah sebuah kafe yang berbeza. ‘Pelayan’ anda tidak perlu berbuat apa-apa, hanya merayau seolah-olah kafe itu mereka yang punya. Malah mungkin bulu mereka akan terbang masuk ke dalam minuman kopi anda pula.
Untuk ‘kafe kucing’ pertama di Eropah yang dibuka awal bulan ini di Austria, pelanggan menghirup kopi dan teh mereka ditemani oleh kucing-kucing comel bernama Sonja, Thomas, Moritz, Luca dan Momo yang bersedia untuk duduk di riba para pelanggan atau melepak di bawah kerusi.

Pemilik kafe ini, Takako Ishimitsu, berusia 47 tahun berasal dari Jepun, di mana kafe kucing merupakan satu kebiasaaan. Di Jepun, pihak pengurusan tempat tinggal melarang penduduk memelihara haiwan domestik di apartment dan flat, maka ramai yang menghabiskan masa di Kafe Kucing di mana mereka boleh bermain dengan kucing-kucing sambil minum.
Takako telah mengambil masa tiga tahun untuk berunding dengan dan meyakinkan pihak perbandaran di Austria yang kafe yang diberi nama “Café Neko” itu bersih dan selamat untuk para pengunjung.
Tapi bukan isu kebersihan saja yang mungkin tidak disenangi sesetengah pihak, kerana terdapat penyataan tegas di pintu masuk “anjing tidak dibenarkan”. Jadi sudah tentu ada peminat anjing di Austria yang ‘meroyan’. LOL
KOTA KINABALU – Rakyat negara ini, termasuk di Sabah, harus berterima kasih kepada kerajaan yang memperuntukkan sejumlah besar wang bagi sektor pendidikan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata menerusi pembiayaan PTPTN itu, ramai golongan muda berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi iaitu 227,000 pelajar berbanding sebelum tabung itu diwujudkan dalam lingkungan 27,000 orang pada pertengahan 1990-an.
“Ini adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam membela semua golongan masyarakat termasuk golongan belia dan pelajar,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan wang pendahuluan pembiayaan PTPTN di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas di sini, hari ini.
Beliau berkata, dengan pembiayaan PTPTN, ibu bapa yang dahulunya terpaksa menjual tanah, rumah atau meminjam dari bank, kini tidak lagi risau apabila dibebankan dengan soal itu.
“Bagi pihak kerajaan negeri, saya menghargai usaha murni PTPTN dalam memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada siswa dan siswi yang layak mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).
“Ini selaras dengan wawasan kerajaan untuk membolehkan setiap pelajar meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dengan menyambung pelajaran ke IPT dan IPTS,” katanya.
Musa berharap pelajar yang menerima wang pendahuluan itu memanfaatkan peluang memasuki universiti dan menjadi siswazah yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi. – BERNAMA
Rasanya Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan Menteri Kerjaraya, tidak pernah pun bercakap ayat-ayat berikut selama hidupnya. Sebahagian mungkin betul dan sebahagian lagi mungkin rekaan.
Namun, beliau memang pernah terlepas cakap perkataan-perkataan yang pelik sedikit sepanjang eranya berkuasa.
Jadi ayat-ayat lawak di bawah macam mana pun nampak sinonim dengan beliau. Bila baca tu, kalau boleh cuba buat suara Samy Vellu, mesti feel nak gelak itu lebih.
Apa pun, Samy Vellu memang satu watak yang menarik, terutama lawak-lawaknya.
Berikut adalah petikan daripada Blog Cabuk (http://manlukeman.wordpress.com/) – sila klik tajuk untuk melawat blog berkenaan.
Semua ini bukan untuk menghina sesiapa, sekadar lawak jenaka di hujung minggu.
1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
“Besoh kirim, hari ini juga sampai”
2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
“Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”
3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
“Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Kemudian seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”
4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
“Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”
5. Ketika krisis air:
“Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”
6. Berkenaan masalah sosial:
“Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”
7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
“Marilah kita semua menderma dare”
8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
“Selamat datang saudara-mara semua” (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)
9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
“Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”
10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
“Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”
Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:
“Kita akan bina roket pigi matahari.” Salah seorang wartawan berkata, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” Samy menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam”
Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.
GURUN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan seorang pendukung gay, biseksual dan transeksual (LGBT), Irshad Manji diadakan di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program melibatkan wanita itu daripada berlangsung.
Beliau berkata Manji, 48, akan datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan buku terbarunya bertajuk ‘Islam, Liberty and Love’ yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.
“Kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di negara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Buat Elok Saja Tau (Best) di sini malam Jumaat.
Katanya ideologi tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat. Jamil Khir berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lepas di Geneva, Switzerland.
Justeru, beliau menyeru umat Islam di negara ini sentiasa peka dan berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan fahaman ideologi yang dibawa oleh kumpulan dan individu tersebut.
Ini kerana beliau khuatir akan menyentuh sensitiviti agama serta menjadi provokasi serius terhadap umat Islam secara harmoni di bawah naungan institusi Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini.
Manji merupakan seorang muslim berfahaman liberalismie, pluralisme dan feminisme dan dia merupakan pendukung LGBT di peringkat antarabangsa.
Dia pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk ‘The Trouble With Islam Today’ yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel ‘The Satanic Verses’, Salman Rushdie. -BERNAMA
ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemui mati di bawah katil di dalam sebuah bilik di rumahnya dalam kebakaran di Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, Eng Heo, 53, mati di tempat kejadian kerana terbakar 50 peratus di bahagian kepala dan badan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mohd Fauzi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.05 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan 12 anggota.
Katanya, anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan dan menemui mayat lelaki itu di dalam sebuah bilik.
Jiran mangsa, Ooi Poh Sin, 54, berkata ketika kejadian, dia berada di dalam rumahnya dan terdengar bunyi letupan kuat dan apabila keluar, dia mendapati rumah mangsa sedang terbakar.
Panik dengan kejadian itu, Ooi berkata, dia bersama anaknya lari menyelamatkan diri kerana bimbang kebakaran merebak ke rumahnya yang tidak jauh dari rumah mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika ditemui mengesahkan menerima laporan kes tersebut dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.
Mayat Eng dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini sebelum dituntut keluarganya. – BERNAMA
KUALA LUMPUR – Polis masih memburu 113 lagi individu yang dipercayai terbabit dalam kekecohan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata daripada 141 individu yang gambarnya disiarkan media, seramai 28 orang sudah ditahan dan menyerah diri.
Katanya, sejak polis melancar operasi menahan secara besar-besaran pada Rabu lalu, dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kekecohan pada perhimpunan itu ditahan, masing-masing di Kulai, Johor dan di Kemaman, Terengganu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sukan rakyat Polis Bersama Masyarakat sempena sambutan Hari Polis ke-205, di Kerinchi, di sini, hari ini.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka mempunyai kaitan dengan parti politik,” kata Mohmad.
Setakat ini, katanya, dua anggota polis dan tiga orang awam didakwa di mahkamah di sini berhubung perhimpunan itu. – BERNAMA
Isu proses penceraian Mohamed Hadi Putera atau Ady Putra semakin rancak dipersoal apabila beliau menafikan bahawa Nora Danish adalah orang ketiga dalam isu penceraian dengan isterinya, Aida Yusuf.
Pelakon yang membintangi Don 2 mengakui banyak spekulasi mengatakan bahawa ada wanita lain yang menjejaskan perhubungan beliau bersama isterinya.
Memetik dari temubual eksklusif Daily Chilli bertanyakan adakah Nora Danish merupakan orang ketiga dalam isu ini?
Beliau berkata, “Saya tahu orang membuat spekulasi. Tetapi tiada, tidak ada pihak ketiga yang terlibat dalam perkahwinan saya.”
Spekulasi ini timbul lantaran dari lakonan mantap Ady bersama Nora Danish dalam drama bersiri, Tentang Dhia.
Pada 11 Mei lalu, Ady telah memfailkan penceraian terhadap isterinya walaupun beliau masih lagi belum pasti dengan keputusannya itu.
Ady dan isteri akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada hari Isnin depan bagi mendengar keputusan Hakim Syarie dalam menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah mencecah usia enam tahun walaupun belum dikurniakan zuriat.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: Daily Chilli
May 12
19
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan hukum hudud yang terus dijanjikan PAS, bagi banyak pemerhati politik, kali ini hanya sandiwara untuk meraih sokongan orang Islam di negara ini, khususnya pengundi Melayu pada pilihan raya umum ke-13.
Meskipun umum mengetahui bahawa impian itu ditentang hebat rakan pakatan pembangkang iaitu DAP, namun tentangan itu dilihat untuk membolehkan sokongan pengundi bukan Islam kekal bersama DAP.
Apakah PAS benar-benar memperjuang hukum Hudud dan Islam sebagai Addin atau cara hidup? Dan jika benar ia adalah matlamat PAS, mengapa hukum Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu yang pernah diperintah PAS pada 2004?
Kalangan pemerhati politik juga melihat bahawa PAS seperti cuba berdolak-dalik untuk melaksanakan Hudud di negeri yang dikuasai mereka dengan memberi contoh di Kelantan yang diperintah PAS selama lebih 20 tahun.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 15 Dis lepas dilapor sebagai berkata jika benar perlembagaan PAS itu Al-Quran, kenapa pula hendak salahkan Perlembagaan Malaysia kerana mereka sepatutnya boleh melakukannya di Kelantan dan Kedah?. Kerajaan PAS Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II yang melibatkan hukum Hudud, pada persidangan Dewan Undangan Negeri 1993 dan mendapat sokongan semua anggota, tetapi ia masih tidak dilaksanakan.
Setiap kali dipersoal oleh rakyat mengenainya, PAS hanya memberi alasan kerajaan persekutuan yang tidak membenarkan ia dilaksanakan.
Alasan itu adalah bukti bahawa sememangnya PAS tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan apa yang dijanjikan mereka dan isu seperti itu timbul dan dihangatkan hanya sebagai modal untuk meraih sokongan.
Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata PAS perlu melupakan hasrat untuk mewujudkan negara Islam dan melaksanakan Hudud jika masih tetap bersama dalam pakatan pembangkang.
“Rakan pakatannya tidak pernah ikhlas dan hanya mahukan kuasa. Kalaulah mendapat kuasa nanti, PAS akan ditendangnya. Hudud PAS hanya akan tinggal angan-angan,” katanya kepada Bernama di sini. Justeru beliau sedih apabila PAS turut terpengaruh dan terheret bersama mereka yang menentang Islam.
Persoalan juga timbul, apakah PAS begitu yakin akan dapat menerajui kerajaan jika pakatan pembangkang memerintah dan bagaimanakah hendak PAS laksanakan hukum hudud dan negara Islam yang terus mendapat tentangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)?
Adalah menghairankan apabila janji itu dibangkitkan semula oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 9 Mei lepas hanya untuk menyifatkan bahawa hukum Hudud bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Janji PAS itu sudah nyata bercanggah dengan pendirian dan kata sepakat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang pada 28 Sept tahun lepas yang berikrar bahawa pakatan itu tidak akan melaksanakan hukum Hudud seperti yang dicadangkan PAS kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.
Lantaran itu, apabila PAS berulang kali melaungkan janji hukum Hudud, pemerhati politik berpendapat bahawa rakyat sudah jemu mendengar siulan politik itu yang hanya untuk menyedapkan halwa telinga tanpa ada sebarang asas untuk menjadikannya kenyataan.
Rakyat pun sudah banyak mempertikai kemampuan PAS, malah ada yang merasa pelik melihat PAS terus-menerus mendendangkan lagu lama.
Mereka berpendapat PAS terpaksa melakukannya kerana sudah ketiadaan modal politik lain, sudah ketiadaan isu baru untuk menunjukkan dirinya masih gah dan dihargai dalam pakatan tiga buah parti itu. Kata mereka, yang terus-menerus terkeliru hanyalah para penyokong PAS sendiri.
Mohd Ridhuan berkata rakyat melihat dengan jelas bahawa PAS sudah cukup jauh disisihkan di negeri Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah oleh pakatan pembangkang.
“Inikan pulak apabila berjaya membentuk kerajaan pusat,” katanya.
Pemerhati juga bertanya, pernahkah mana-mana anggota Parlimen PAS mengemukakan usul di Dewan Rakyat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hukum Hudud dilaksanakan dan supaya tidak lagi bercanggah dengan janji mereka?
Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee pada 30 Sept lepas dipetik sebagai berkata hukum Hudud, jika dilaksanakan di Malaysia, hanya untuk orang Islam dan tidak untuk orang bukan Islam, menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, seorang Islam juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan berbeza – satu di bawah Hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan, bercanggah dengan Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan.
Bekas naib presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali pada 9 Feb lepas dilapor berkata tarikan ke Putrajaya itu sangat kuat menyebabkan PAS terus digula-gulakan dan dikipas oleh pemimpin parti pembangkang.
Banyak pemimpin PAS sekarang rela memejamkan sebelah mata walaupun mereka mungkin sedar PAS sedang diperalat oleh rakan pakatan pembangkang untuk mencapai cita-cita ke Putrajaya.
Pada 8 Dis lepas, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pula dilapor berkata bahawa Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 yang dilulus semasa pentadbiran kerajaan PAS di Terengganu, bercanggah dengan Islam.
Pada 2 Okt tahun lepas, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan berkata bahawa parti itu tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum Hudud walaupun jika parti pembangkang mendapat majoriti dua pertiga pada PRU ke-13. Katanya pelaksanaan Hudud akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dan sokongan terhadap pakatan pembangkang memandangkan bukan semua rakyat bersetuju dengan hukum berkenaan.
Mengulas dakwaan PAS ia tidak dapat melaksanakan hukum Hudud di Kelantan dan Kedah yang mereka terajui kerana dihalang oleh kerajaan persekutuan, Pensyarah Sains Politik di UiTM Dungun, Terengganu, Che Hamdan Mohamed Razali berpendapat ia tidak boleh lagi dijadikan alasan tanpa PAS sendiri mencuba meminda perlembagaan.
“Kalau sekejap keluar kenyataan nak buat Hudud, selepas itu tarik balik pula, saya nampak seolah-olah PAS cuba main-main. PAS mungkin lebih takut kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.
Che Hamdan juga sependapat dengan Ridhuan bahawa PAS perlu meninggalkan pakatan pembangkang jika berada di dalam gabungan itu akan menggadaikan prinsip perjuangan parti itu, yang kononnya untuk menegakkan Islam.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain tidak menafikan bahawa isu itu dimainkan PAS untuk meraih sokongan orang Islam dan Melayu.
“Ketiga-tiga parti ini sentiasa bermain sandiwara antara satu sama lain. PAS memerlukan kedua-dua parti itu untuk membolehkan ia bersama-sama bermimpi menguasai pemerintahan negara seandainya mereka menang dalam pilihan raya akan datang.
“Bagaimanapun, saya yakin rakyat telah pun faham muslihat politik yang ditonjolkan PAS. Kalau PAS benar-benar hendak laksanakan hukum hudud, pastinya DAP akan keluar daripada gabungan itu,” katanya.
Pemerhati politik berpendapat bukan sahaja PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum Hudud, malah mungkin ia akan kehilangan banyak kerusi untuk ditandingi dalam PRU 13, jika ia terpaksa terus tunduk kepada pelbagai tuntutan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang.
Tanpa formula pembahagian kerusi yang jelas, pemerhati meramalkan PAS, PKR dan DAP akan bertelagah sesama sendiri berebut kerusi kerana masing-masing mahu lebih banyak kerusi untuk ditandingi supaya dapat mengetuai kerajaan yang mereka mimpikan kelak.
Apakah PAS akan menghadapi nasib sama seperti Mat Jenin, menang sorak kampung tergadai atau lebih parah lagi, kalah sorak dan kampung pun digadai? -BERNAMA